Jan 14, 2015

Al kisah nya kpop ni ha...

Assalamualaikum annyeong annyeong :D
Hmmm dah viral teruk dah kes kpop kat Malaysia rituh . Pasalnya kes peluk cium tu . 

Okay memang saya tak nafikan , salah memang salah di sisi syariat Islam . Hal demikian kerana sudah menjurus ke arah zina. Memang saya pon tak sempurna , jadi saya bercakap untuk korang yang lain dan juga peringatan untuk diri saya . Tapi kau orang terutamanya budak budak laki tuuu yang H-anti sangat kpop tu , mohon guna bahasa baik untuk menegur . Jangan la guna words yang macam tak sepadan langsung dengan perlakuan tu . 

Twitter facebook saya penuh dengan share share dari orang yang mungkin satunya mahu berpesan kepada yang lain , tapi penuh jugak dengan orang yang nak 'bash' dengan bahasa kasar . Itu yang kita tak mau . Beb, tegur ada cara . Nak bagi sentap pon ada cara . 

Baca timeline kat twitter kata jawi mintak gadis gadis bertudung tu tampil , siap berdenda dan hukuman . Tapi .... Tapi .... Tapi .... Apa kita nak buat dengan industri filem kita yang action dia lagi 'advance' tu ? Dua dua pon salah di sisi agama Islam. Tapi sebab dorang pelakon , kerjaya dorang professional , kita tak boleh kacau periuk nasik dorang? Saya akui jugak ada ja pelakon yang tidak ambil watak watak yang memerlukan action 'advance' tu. Tapi yang ada? 

Kenapa yang ini ja diambil tindakan? Sebab dia berlaku di atas pentas kpop? Pentas yang ditonton ramai. Bagaimana pentas yang ditonton oleh seantero Malaysia? 

Saya hanya menyatakan pendapat . Tidak sesekali mahu menyakiti pihak mana mana . Cuma mahukan lebih penjelasan .  

Dan kemudian, buat individu individu yang sering cakap kata ; lah, macam lah korang faham apa korea tu cakap!
And here I want to give you a nice answer ; Ya, saya faham hampir 60% apa yang orang Korea cakap sebab saya belajar bahasa mereka. Well it is a nice way to learn another language. Walaupun saya masih belum belajar bahasa Arab, saya still ada kemahuan untuk belajar bahasa lain sebagai ilmu tambahan untuk saya.
DAN saya boleh tengok variety show korea tanpa subtitle walaopon diri ini masih merangkak dalam mempelajari bahasa diorang . Trimas.

No comments:

Post a Comment

random post :)