Tudia kita memanfaatkan bahasa bahasa yang kita belajar.Heheheh *okay serious serious*
Topik yang tiba-tiba aku rasa nak sembang saja saja ; Susah ke senang belajar di luar negara?
atau Pro and Con belajar di luar negara atau Boleh hidup ke dekat sana? atau Seronok ke belajar overseas?
Hmm ini antara soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh sahabat-sahabat yang berada dan belajar di Malaysia. Mungkin soalan yang diutarakan kelihatan berbeza namun masih berada dalam konteks maksud yang sama :)
Di sini aku saja nak sembang-sembang ringan saja pasal topik ni ;) so relax relax tarik nafas dalam dalam sebelum baca
MUDAH? SENANG? SYOKNYA! BESTNYA!
Ini antara frasa-frasa yang sering masuk dalam telinga aku bila aku cakap aku belajar dekat UK . Mungkin ini juga frasa-frasa yang sering rakan-rakan yang belajar luar negara dengar.
Semua yang aku nak cerita ni dari pengalaman dan pendapat aku sendiri :)
Syoknya belajar overseas, duit tajaan , boleh pergi melancong merata-rata.
Alhamdulillah dengan rezeki yang aku dapat tajaan KPM untuk melanjutkan pelajaran aku di UK. Untuk tajaan aku, kami menerima sebanyak 880pound sebulan dan elaun kami diberikan setiap 4 bulan. Jadi kalau tak pandai berjimat dengan duit yang diberi memang cerita dia hujung bulan makan nasi berlauk kicap je lah. Itu pon kalau ada kicap.
Eh? Banyak gila 880gbp sebulan!
Memang banyak kalau kita pandai berjimat. Ada ja sahabat-sahabat lain yang dapat berjimat sampai 1000gbp dalam akaun bank. Tapi bukan aku lah -.-' ...
Kami diberi 880gbp sebulan kerana itu merupakan minimum yang telah ditetapkan oleh orang British ni. Jadi untuk pelajar di bahagian selain London, kebanyakannya menerima 880gbp sebulan. Manakala pelajar yang belajar di London menerima elaun lebih sedikit dari pelajar lain kerana taraf hidup di London sangat tinggi.
Bagi pelajar yang belajar di Surrey pulak agak kurang bernasib baik kerana taraf hidup di Surrey dan lebih spesifik di Guildford lebih tinggi berbanding pelajar di kawasan lain. Kami juga masih tidak tahu apa punca rumah sewa di Guildford lebih mahal berbanding di kawasan Liverpool dan seantaranya.... Ada yang menyatakan kerana Guildford merupakan kawasan pilihan oleh pesara-pesara dari London untuk menetap. Memang tidak dinafikan, Guildford yang juga menempatkan University of Surrey merupakan sebuah kawasan yang sangat tenang. Tidak sibuk berbanding dengan kawasan universiti lain. Oleh kerana kadar sewa rumah yang agak mahal , kami sanggup apply accommodation (macam hostel di Malaysia, namun lebih kepada rumah) universiti atau orang lain panggil , university hall (eh betul kan?)
Namun begitu, walaupun kadar sewa rumah yang agak mahal dengan pihak universiti, aku dah tak payah susah fikir pasal bil air dan bil elektrik. Bil-bil itu yang lebih membimbangkan , sebab aku sangat obses dengan heater---badan ala-ala reptilia ; darah sejuk!
Jadi selalunya 880gbp dibahagi 2, 440gbp untuk rumah , dan separuh lagi untuk hidup. Cukop ke?
Alhamdulillah selama ni aku hidup, cukup je. Setiap kali raya aku balik Malaysia. Maksudnya aku dapat simpan 550-650 gbp setiap kali elaun masuk (elaun 4 bulan).
Macam mana boleh jimat lagi ?
Kami seboleh-bolehnya akan makan masak dekat rumah. Sebabnya :-
- mana nak cari kicap dengan sos cili dekat restoran orang barat ni
- boleh tahan mahal jugaklah kalau hari-hari makan luar
- tak banyak pilihan halal, pastu takkan nak ulang menu yang sama ja berbulan-bulan
- ada ja restoran yang masak makanan Malaysia, Thailand , yang halal tapi ... mahal
- jangan beli makanan laut. itu yang paling mahal :(
So basically, aku banyak spend duit bila melawat tesco. Masa tu lah yang aku kumpul segala bahan bahan masakan sambil dalam kepala merancang nak masak apa. Plan nak memasak tu kena fikir siap siap 1 bulan in advanced. Supaya tak payah lah hari-hari nak berjalan kaki pergi Tesco tu. Lepas tu jangan lupa kumpul point tesco, bila ada voucher lagi jimat duit korang. Dan jugak ! Kalau time dia tengah half price tu beli banyak-banyak ( ops, simptom makcik makcik dah )
Aku kalau boleh mengelak untuk naik bas. Satu hala pergi tesco yang jalan kaki dalam 10-15 minit tu kos dia 80pence ( 8kupang senang cerita) , kalau dua hala 1.20gbp . Bayangkan setiap kali korang naik bas tu, duit korang melayang sama harga dengan satu bungkus buah or sayur or bawang...hmmm
Kebanyakkan orang putih dekat sini memang banyak jalan kaki je pergi kemana pon. So, taklah nak rasa awkward ke kalau kau jalan kaki seorang nak pergi mana pon. Aku pon dah terbiasa dengan budaya jalan kaki sampai rasa nak apply aktiviti ni dekat Malaysia... tapi Malaysia dia bahang ... hmm jadi steak lah aku bila sampai je dekat Tesco Taiping tu :D
Jadi untuk pengetahuan orang orang lain, duit yang kami berjimat cermat itulah yang kami guna untuk melancong. Dengar jugak ya...
Kami melancong secara berkumpulan, mungkin dari segi tiket flight kami tak dapat berjimat. Tetapi dari segi tiket keretapi , kami dapat beli tiket dengan potongan sebanyak 1/3 dari harga asal untuk tiket berkumpulan. Malahan, tempat tinggal yang kami book di tempat kami melancong juga tidak memerlukan kos yang tinggi jika pergi secara berkumpulan. Selalunya hostel merupakan tempat pilihan kami untuk menginap. Harga untuk tinggal di hostel lebih murah berbanding di hotel.
Hotel di sini bukan seperti di Malaysia. Satu family room sumbat 5 orang ... hmm tak boleh ya ! Nanti kena denda! Di kawasan Eropah/UK, setiap bilik telah ditetapkan berapa bilangan penghuninya. Ada saja berita yang pernah aku dengar , ada yang kena tahan sebab masuk lebih dari bilangan yang ditetapkan. Jadi hostel adalah pilihan terbaik untuk kami sewaktu melancong.
Macam mana belajar pulak? Susah tak?
Hmmm topik ini tidak dinafikan memang selalu ditanya oleh sahabat lain. Untuk pelajar tajaan KPM, kami tidak ada asasi. Selepas interview , jika anda berjaya dan bersetuju untuk dihantar ke luar negara...dia terus hantar! Hahahaha . Jadi untuk aku komen bab ini, bagi pendapat aku susah lah jugak. Terasa jugaklah terkapai-kapai waktu tahun pertama. Bayangkan , dengan loghat British yang masih janggal dengan telinga, tiada panduan lagi waktu tu.. hmm agak susah lah...Bila masuk tahun kedua , alhamdulillah dapat lah jugak faham British accent mereka.
Untuk pengalaman belajar aku, jujur aku katakan yang aku tidak begitu bagus dalam berbahasa Inggeris terutama secara spontan. Keputusan aku setiap tahun, bukan keputusan yang aku mahukan. Tetapi Alhamdulillah masih lulus setiap tahun walaupun nombornya tidak cantik... hehehe. Mungkin bagi pelajar Malaysia, anda hanya perlu risau apa pointer anda... Yang kami ini risau kerana apa markah yang kami dapat itu yang akan dicetak di atas transkrip nanti. Aduh :(
Kesimpulannya, belajar di luar negara tidak lah susah mana. Pengalaman berada di luar negara ini yang akan mengajar anda cara berdikari sendiri, cara nak uruskan kewangan sendiri dan jugak cara nak berkomunikasi. Alhamdulillah , sejak aku belajar dekat luar negara aku ada keyakinan untuk bercakap dengan orang lain. Mungkin sebab orang Malaysia di universiti aku tidak lah ramai mana berbanding universiti lain, jadi takkan nak jadik tunggul saja kan? :)
Jangan risau pasal loghat British ... hidup di sini umpama hidup di dalam Harry Potter punya filem.
atau lebih tepat, tengok Harry Potter tanpa subtitle bahasa Inggeris :D
EXTRA bit: Kami terlepas peluang keemasan untuk meluaskan jaringan kawan-kawan Malaysia, tetapi kami dapat jaringan kawan luar negara *wink wink*
Assalamualaikum .. saya tertarik sgt klau bca tntang bljar luar ngra ni .. sblum diploma dah tringin sangat nk pegi UK .. manchester .. skrg tahun akhir diploma .. nk cuba aply kt uom .. tp sy rsau tntang biasiswa .. mcm mne nk dpt biasiswa kpm tu ye ? Dn ad x yg bljar sna bwak suami atau istri ?
ReplyDeleteMaaflah dah berzaman baru saya reply. Sebelum ni busy dengan practical T.T.
DeleteBiasiswa under kpm ni untuk tenaga pengajar matrikulasi. Saya pun tak sure pasal biasiswa lain, tp boleh try tgok under kpt jugak atau mara. Ada saja yang bawak family :)
salam kak.kalo penginanpan sepanjang belajar tu pon kene cari sendiri eh?ke macam sistem kat malaysia,first dlm and next year cari umah sewa sendiri?
ReplyDeleteSalam dik. Maaf akak dh berhabuk soalan baru jawab. Sana kena cari sendiri. Decide lah nak duduk dgn university ke rumah sewa. Sllunya international students mmg xdak masalah nak dpt accom uni. Biasalahh advantage perantau :)
DeleteSalam sis, kalau dapat biasiswa, yuran U tu memang drg bayar semua ? Dah check yuran course hm mahal. Dan kalau duduk dkt uni bayar setiap bulan ? atau drg yg beri biasiswa tu bayar sekali ? Harap persoalan saya terjawab. :)
ReplyDeleteSorry sebab biarkan persoalan anda terkontang kanting lamaaa di sini. Depends dengan sponsor awak. So, tanya dorang, bayar ke tak course tu and berapa allowance per month. :)
DeleteAssalamualaikum sis. Saya nak tnya, di UK sis belajar di mana? Dan boleh beri tips tak perkara2 yang perlu diselesaikan bila dah dapat tawaran ke oversea tu? Such visa and passport. Lepas tu mcm mana dgn IELTS tu sis. Kalau kita just guna English 1119 level SPM pun boleh kan?
ReplyDeleteHai Assalamualaikum, nak tanya. Daging halal kat sana senang nak cari ke? And then mahal ke tidak? Sy bknnya mkn sayur sgt kehkeh
ReplyDeletePergi sana sorg Ke? I mean without any kenalan? Mcm kawan dari highschool ikut skali Ke.. Sbb impian kita tak semstinya sama dgn kawan II itu yg buat saye takut nk blaja oversea πππππ
ReplyDeletewah bestnya dengar pengalaman belajar luar negara...thank you for sharing your experience..
ReplyDelete