Apr 14, 2015

Aku jatuh cinta dengan ... si dia , Korea Selatan

Assalamualaikum. hmm kadang kadang nak jugak berblog dalam bm. Taknak lah berkarat sangat bm aku ni hihihih

hmm tajuk je pon gedeba gedebom hahaha ayat nya mereng ja kat sini. So kadang kadang mesti ramai orang wonder , apa kebenda sangat lah yang korang dok gila Korea tu.

Plastik surgeri! Macam perempuan! Tak tall , dark and handsome ! (eh?) Nyanyi pon tak boleh! 

 Well , ni antara benda yang aku pernah dengar dari komen komen social networking orang and well sometimes dari mulut orang sendiri. Antara yang pernah encounter aku jugak pasal aku minat Korea ni is, kau tak faham pon apa dorang cakap! Kau follow kat twitter tu kau reti ke baca? Tak semak ke tl kau?

Hmmm ni nak cerita nya. Kenapa aku soooooo into South Korea dan kenapa aku jatuh cinta dengan Korea Selatan , bukan Paris, bukan Spain, bukan Germany, bukan US , bukan Mexico :)

Aku faham most of korang korang akan cakap , walaweh tak bersyukur nya perempuan ni. Dapat berjalan kat luar negara bagai :) oh yes, aku bersyukur aku dapat opportunity nak berjalan ke negara negara barat tengok statue yang membakar jiwa raga aku dengan bisikan , dorang jajah negara aku sampai habis biji timah kat perak dorang hangkot sampai habis darah darah orang melayu sampai habis ... eh dah lari tajuk hahaha okay nah nak cerita *scroll bawah*

Kenapa aku cinta Korea Selatan ?

1. Aku lahir dari negara yang makan nasi pagi tengah hari petang malam tengah malam. Bila aku hidup dekat uk , travel tempat tempat orang putih ni. Rasa macam nak menangis tak dapat nasi. Mungkin Amsterdam is a quite good place untuk korang dapat makan nasi however .. payah nak cari kedai halal. Sapa pernah baca Aku Anak Timur tu tau , Amsterdam banyak jugak Belanda-Indonesia. Jangan terkezut golek golek pulak kalau tetiba muka apak mat saleh gila cakap Indon ok ?

So ceritanya, Korea ni still dalam Asia and dorang makan nasik. Nak makan kalau kat sana, carik nasi dengan grilled seaweed pon aku dah boleh hidup hahahaha

2. AKU ANAK TIMUR sangat. Aku suka negara yang ber'culture' .  Pada pendapat aku, tak banyak negara yang aku dah jelajah, tapi kebanyakannya memang tak ada budaya. Tak tahulah sama ada sebab budaya mereka dah hilang atau apa. Tapi kesenian budaya tu payah nak dicari kalau belah belah barat ni. Berbanding dengan negara negara di Asia, masih mempunyai budaya.

Habis tu kenapa Korea? Kenapa bukan Jepun? Kenapa bukan Thailand?? Sebab Korea Selatan sekarang ni tengah aktif menyebarkan Visit Korea dorang , budaya tradisional dorang, makanan makanan dorang okay. Aku suka ja nak travel Asia, cuma tak da peluang lagi nih hmm jom korang jom

Kalau dilihatkan dari sudut Korea sendiri, masih menjaga budaya budaya mereka walaupun mostly sekarang dah kelihatan ke'barat'an sangat --- leh Malaysia pon sama ja. *hado ko konvo kau tak pakai baju kurung, Malaysia kot~* Tapi aku nak rasa budaya Korea yang lain, macam perkahwinan dorang style lain jugak --- alaaa yang tampal2 merah kt pipi tu hahaha . Lepas tu aku suka gila dengan music tradisional dorang. Kalau kita ada kompang bagai , dorang pon ada gayageum bagai tu. Tengok hanbok tradisional dorang, perghh maybe tak kan pakai selalu tapi menutup aurat okayh!

3. Ketinggian dorang tak mematahkan keyakinan diri aku. hahahh okay ni pelik tapi percayalah korang rasa patah gila keyakinan diri bila tengok mat saleh mat saleh ni mak hai tinggi dia. Lepastu kalau duduk dalam kelas kat belakang , rasa nak cantas je kepala kepala dorang tu hahaha . Dah la kepala dah halang, bahu lagi sebeban dah depa korang. Hapa yang korang nampak kat white board pon tak tau lah.

Bila aku g Korea hari tu, melihatkan orang orang Korea depan mata... hmm takdak lah tinggi mana pon. Cuma nampak lonjong lah sebab dorang kurus kurus .

4. Orang Korea Selatan ada jugak okay yang suara sedap. Walaupon tak sekacak Anuar Zain , tapi boleh lah . So mungkin yang dalam boy group tu ada lah suara yang biasa biasa, tapi kalau suara sedap jangan tengok lah group group yang menari tu. G tengok Immortal Songs ! Perghh meremang bulu roma bulu roma ohh hahaha

5. Bahasa Korea yang mudah untuk dipelajari. Sebenarnya tak susah pon bahasa Korea ni as long as kau ingat alphabet aka hangul tu. Hangul tu mudah nak tulis cuma nak pronounce memerlukan kelembutan lidah anda hahaha. Malaysian antara yang fasih untuk pronounce perkataan perkataan Korean sebab bahasa Malaysia kita ni dulu bahasa yang mudah ; even peniaga peniaga pon guna bahasa kita waktu trading trading barang nih.

Cuma tinggal kerajinan kau nak menghafal vocabulary bahasa korea je lah. Macam belajar bahasa Malayu jugak, kau belajar berapa tahun kat sekolah baru buat ayat ; era globalisasi dunia tanpa limitasi, segalanya di hujung jari tuu

6. Aku memang suka tengok orang mata kecik . EYE SMILE tu membunuh kuuuu ~ eh? jahahahah dari segi appearance , aku tau ja korang kata dorang suka plastik plastik bagai semua tu. yeah agreed! and kadang kadang membakar jugak lah bila Korean ni asyik nak putih kan kulit tu seputih putihnya --- kalau ye pon make up muka putih jangan la sampai lain bebeno dari badan nya hahaha.
Contohnya EXO Kai, dorang cakap gelap ? walaweh walaweh scary mak hang hmm tapi bab mata kecik tu seriously minat gila. Kiranya monolid tu <-

Hmm ni sekadar bosan bosan easter break nih. Tidak berniat menyinggung memana pihak. Sumpah bosan gila hahahah walaupon aku tau reasoning aku tak da kena mengena, korang kena mengenakan lah dia okay :DD hahahaha

No comments:

Post a Comment

random post :)