Sep 12, 2015

[tobeCikgujourney] Week 1

Assalamualaikum .. hmm rasa saja nak buat post ni sebab nanti bila dah kerja mesti akan ingat balik first sekolah practical bagai , basically memories :)

So, Isnin tu hari pendaftaran semua pelajar PGCE aka Post Graduate Certificate of Education. Nampaklah banyak gila local masuk dan macam-macam subjek yang dorang pilih untuk jadik cikgu. Budak PE jangan cakap lah hensem dia macam mana :D hahahaah. Okay berbalik dekat kitorang, since kitorang ni satu group Malaysian , dah la semua perempuan so basically sangat-sangat visible dalam lecture hall tu. And even staffs pun kalau cakap akan mention 'and our lovely Malaysian group' . Kiranya satu PGCE tu tau la kitorang ni Malaysian. Hahahah Barbara bawak kitorang pergi daftar and Rory (mat saleh comel Hanna minat) tolong photostat visa permit ngan passport. Tak pernah hilang kecomelan tu but not my type lah. Siap bye kitorang lagi time kitorang nak keluar. Lepas tu basically semua ngan Barbara je. Dia terangkan apa kitorang kena buat nanti and lepas lunch kitorang semua dengan budak2 yang tak pegi Naylor library, semua jalan kaki g Naylor library. Apak jauh mak ang library dia. Untuk orang UK benda tu tak jauh mana, tapi untuk orang Malaysia, YA JAUH! hahahaha

Second day , private study.
Third day , kelas subject. Mathematicians, totally lain kelas ngan scientist lah kan. But well, we get to know more people. Dan Tony , acik tua ni sangat peramah. hahaha agak susah jugak lah bila dorang bukak perbincangan pasal sekolah dorang. Kita ni dengan ta familiar dengan sistem sekolah dorang memang rasa cam hampeh la bila dorang bincang tu. Nak bagi pendapat apa pon tak tauu
Then Khamis ada workshop-Unseen Children, artikel ni Barbara dah bagi kt kitorang suruh kitorang baca . 112 page weehhhh nasib baik ada gamba2 hahahaa :) Workshop sama macam subject class, ada group2. Lepas tu lecture berejam sampai lah 4pm......
Jumaat pulak memang Malaysian je ada kelas , special case dengan Barbara lagi :) Tapi tak lah bosan sangat walaupun 9-4 tatap muka Barbara kat depan tu. And kelas Barbara memang no MALAY can be heard by her otherwise, go and recite a poem in front of the class *actually I don't really care to recite it. All Malaysians kottt* hahahahah

And so dah dapat homework skali time table next week. Time table next week ialah time table membunuh kami hahahahahahahha 9-6 kelas hari Selasa *.* senget lah aku hari selasa ni. Dengan nak kena siapkan essay English barbara bagi lak.... hhahaahha hanya mampu ketawwaaa

random post :)