Dec 29, 2013

Winter break = Cuti musim salju

assalamualaikum~ hmmm ...
winter break dah start last week lagi dah. Christmas sgala bagai dengan boxing day pon dah lepas. Aku still terperuk tak gi memana melainkan London rituh . Itupon rasa cam menyesal gak pegi . Hari yang aku book tiket untuk Charlie and The Chocolate Factory the musical tu hari ribut melanda UK. adoih adoih hangpa tak tau lagu mana kuat angin dia . Yup aku gi tengok musical dengan kawan malaysia aku :) Naseb lah ada orang nak teman , aku ni kalau nama sesat nombo satu . Arah tak pernah nak betul . Ada GPS pon arah rosak . kekekeke ^^

Though aku dengan dia duduk satu hujung nun satu lagi hujung dunia hahaha :) still kitorang boleh je lambai lambai dari kerusi sendiri . Ni first time pergi tengok musical, di mana tiket ni aku book tanpa kesedaran diri. Sebab thought that rasa sunyi sangat waktu winter break , so balik after habis test terus aku book tiket . But worth it , aku suka Willie Wonka dia , Charlie and atok atok nenek nenek dia . And got lucky lah , sebelah aku tu family yang mai , mak dia , anak laki dia hensem woo tapi muda la , dengan anak pompuan dia . Depa pon sporting ja , mak dia baik je . Ye la tengok aku dok sorang sorang  ja kan . Hahahaha nampak lonely gila kot~ Astu Willie Wonka lalu depan audience yang baris depan tu and naik kat tangga yang kat belah kitorang . Semua casts pon lalu kot situ . Fuuhh seriously kalau nak pegi musical amik lah kerusi depan , something special might happen . hee :D
Bah ni merchandise Charlie and the chocolate factory :)

ni t shirt dia :) purple tuhhh

ni bukan choc okay , ni fridge magnet

keychain ni ingat nak bagi kt family

Okay berbalik kepada ribut , yang seriously sikit lagi aku boleh melayang tu walaopon aku ni badan kira cam pemberat .
And since aku and another 3 buat tiket train group of 4 so kitorang should be balik sesama . and since another two nak bawak kawan dia jalan jalan dulu kat London ni , so aku and sharanya pon decided nak jenjalan dulu lah kan dekat Covent Garden ni :) quite nice place lah and a shopping place for someone yang kaya ~ Jenama semua yang tahap kalau tengok harga ang pengsan dulu sebelum kelua kedai tuh . Hahahaha wa tak mampu la lu . But still kitorang just jalan jalan cuci mata kat situ , astu terus amik underground pegi Leicester Square . Niat hati nak pegi M&M world , namun ditangguhkan sebab kami nampak ada orang minum CHATIME! O.O wow~ amazing . hahahaha ni UK , bukan senang nak nampak orang minum bubble tea yang sedap tu yang ada kat malaysia tu .

makanya , mula lah buat lencongan carik chatime . hahahah ^^ demi pearl bubble tea . dah jumpa chatime satu hal , kelua chatime ada pulak oriental shop jual 100 PLUS ! weh weh weh nak jimat duit ni mula la segala rintangan bagai . Jumpa pokka melon milk pulak . Makanya beli lah lagiii~ walaopon kalau korang convert rega 100plus tu gi rega malaysia is RM10 , awhh takpa takpa takpa .naseblah mamat cina kedai tu hensem hahaha lepas ni kalau g china town nak g kedai depa ja .

berjumpa kembali kita ~
beli sorang dua lagi tu
pastu jumpa pulak restorang Rasa Sayang dekat dekat dengan china town tu. Mula la mencari tanda halal dekat depan pintu , pastu baca la artikel yang dorang lekat kat situ , -- Rasa Sayang is a HALAL restaurant in London ( eh?)  okay okay cantek lahhh !  bila tengok balik kat pintu tu ada ja sticker halal lagi besar dari tulisan artikel tu . adoi mata letak belakang kepala ke kitorang ni hihihihihi

Ipoh har mee ke hapa tah , tapi aku makan sebab ada nama IPOH !

ABC dengan sharanya dalam winter !

and kitorang singgah okay dekat M&M's world tuh . since semua bukan guna vegeterian nya barang, so just buat rondaan and tangkap gambo je lahhh~

Oh gamba tak masuk lagi dari camera . eheheh tak yah kot tengok , aku tengah gemok waktu tu . bukan korang nak tengok gambo aku pon , nak tgok m&m world tu  damn damn damn

Okay cerita ribut , kitorang terkandas dekat Waterloo nak dekat 2 jam . smua train yang lalu guildford delayed or cancelled . oh me oh me aku nak balik . aku taknak christmas dekat London TT.TT ingat home alone ka ~ and after that aku ngan sharanya decided nak amik train g Woking since thats the only way yang paling dekat dengan Guildford. nanti bole la nak amik bas or teksi ja balik guildford. so kitorang g dulu sbb aku rasa sesangat desperate .

lagi dua orang tu kitorang call and suh naik train g woking gak .  Aku ngan sharanya ni berdebar dok tunggu dalam train tu takot ada orang check tiket . but Alhamdulillah , aku rasa dorang pon takkan check tiket dalam keadaan macam tu . kitorang terkandas pulak kat woking sampai midnight . tunggu lagi dua orang tu . and kebetulan saat aku dah berputus asa and sharanya tak , sharanya kelua denga ada orang umum kat --- Guildford only ! platform 5 . Guildford only ! platform 5 . mau nya kitorang tak lari kelua macam ribut pegi kejar train tu . makanya berjumpa jugak lah dengan lagi dua orang yang kebetulan baru je sampai kat Woking tu .

Alhamdulillah back to Guildford . waktu tu takot still takot , tapi mulut tak lupa dekat Dia yang tolong jaga kita waktu kita susah senang . Balik naik je teksi sampai dekat dengan Stag hill . so semua pon merempat lah kat situ . hmm ... penat dah kot taip . Nanti buat part II pulak okay :)

Wassalam :) *nak gi mandi ni sebenonya*



Dec 28, 2013

Miracles In December - Exo Lyrics ( Malay version )

Hello there :) i'm sorry mianhae minta maaf lah. Ni hasil dari otak tengah winter break tak tau nak buat apa *walhal study belom, bilik macam tong sampah* behehehe :D

tetiba bermood nak celebrate EXO menang tadi :) though beast tak menang ~

anyway enjoy this :) versi Bahasa Melayu punya~ nak asah skill bm balik sbenonya

EXO - Miracles In December ( Keajaiban Disember ) --- tajuk dah macam fairytales dah ghupe ...

Aku mencari dikau yang pergi menghilang
Cuba mendengar, suaramu tak ku dengar ]
Pandangan ku tanpa batas, ku bisa dengar segalanya
Saat kau pergi, ku peroleh kelebihan

* Aku hidup hanya mementingkan diriku
Tidak pernah ku fikirkan kamu
Kini tiada lagi diriku yang lama tanpa ku sedar
Kerna cinta kamu, membuatku berubah

Duniaku ini hanya diisi dengan kamu
Setitis salju, setitis jua air mata mu
Hanya satu ku tak mampu, bawa kau pulang kepadaku
Aku berharap, kuasa ini tak ku empunya

Ulang *

# (Hentikan waktu, tuk kembali padamu
Memori ku buka, mencari halamanmu
Ku lihat kau dan aku) , ohh bersama bersatu
Saat ku rasa sangat kerdil, tanpa kekuatan
Kerna cintamu, tukarkan ( hidupku ) segalanya ( duniaku ) ohh

Aku yang dulu tidak mengasihi cintamu
Fikirku noktahnya tanpa ikutan
Kini ku mencari diri yang seperti mana kau mahu
Cintaku kan terus mekar, tanpa henti selamanya

Ulang #  ( ) sambung, di musim salju itu

Ulang ~ sehingga ]

random post :)